Photobucket

Tuesday, July 3, 2012

Satu titik permulaan...

Semperna 1 Julai 2012, bermula satu azam baru. Ntah berapa lama boleh bertahan. Harap2 selamanya lah kali ni.


Ntah kali ke berapa aku cuba. Insyaallah kali ni aku dah tekad. Semoga allah memberi aku kekuatan untuk menahan godaan syaitan ni.....Goodbye MILD SEVEN

Friday, June 22, 2012

Goodbye...

Rasa dah sampai masa aku ucapkan goodbye kepada kehidupan di KL ni untuk sementara waktu. Tak lama pun, lepas ni kesini balik jugak la. Ibarat sirih pulang ke ganggan agaknya. Bagi aku, ini banyak mengajar erti pahit jerih kehidupan. Lepas ni tiada lagi kesesakan jalan raya, turun ke jalan raya ataupun lalu depan amanah raya. Terlintas dalam hati nak nyanyi lagu dari ACAB bertajuk GOODBYE. Layan je la suara Megat a.k.a Mag Skin ni.

Saturday, March 24, 2012

Business Amal


Dalam masa 2 hari aku ni, aku dah jual 3 buah portable hard disk Seagate GoFlex 500GB, harga 1 RM219. Aku ambil kat kedai RM219, jual pun RM219. Untung RM0.00. Bak kata orang tua-tua habuk pun takda. Tapi aku dapat untung dengan komisyen a.k.a upah runner. Upah runner ni ikut sesedap hati diaorang nak bagi. Macam tok bomah ubat orang, seikhlas hati. Ada yang bagi RM2, pun aku terima. Ada yang bagi RM10 pun aku terima. Ada yang bagi RM20 pun aku terima. Ada yang belanja makan pun aku terima. Aku tak kisah semua tu, yang penting aku boleh cuci mata tengok gadget-gadget baru kat Low Yat. Aku dapat update, dapat info pasal barang-barang baru kat pasaran. Bila lagi dalam hidup aku ni nak buat baik kat orang. Kepandaian, kebolehan dan kearifan yang allah s.w.t kurniakan tanpa sebarang bayaran pun.