Photobucket

Tuesday, August 31, 2010

World War II - Part 1

Ibu Cari Anak Terpisah Lebih 20 Tahun

KUALA TERENGGANU, 31 Ogos (Bernama) -- Seorang ibu dari Kampung Gong Badak di sini ingin mencari anak lelakinya yang terpisah dengannya sejak 25 tahun lalu.

Hamidah Sayuthi, 48, ingin menemui semula Suhaimi Sulaiman, 28, yang dibawa suaminya Sulaiman Ali, 60, setelah mereka bercerai.

Anaknya itu ketika itu berumur 2 tahun dan dibawa bapanya ke Johor.

"Sudah lama saya menjejak Suhaimi, tetapi masih belum bertemu. Saya sangat rindukannya, tiada apa yang lebih menggembirakan saya hari raya ini melainkan dapat bertemu Suhaimi semula.

"Suhaimi khabarnya telah berkahwin dan kini dipercayai berada di Johor," katanya yang sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak," kepada Bernama.

Beliau meminta sesiapa yang mengenali Suhaimi supaya menghubunginya di talian 012-9459021 atau 014-8401940.

"Saya sangat rindukan anak-anak yang telah lama berpisah dengan saya, sebab itu saya ingin mencari mereka semula," katanya yang semasa berpisah dengan anak-anaknya tinggal di Kampung Rhu Sepuluh.

Hamidah baru-baru ini berjaya menjejaki semula dua anak perempuannya yang diserahkan kepada keluarga angkat ekoran kesempitan hidup akibat penceraian tersebut.

Anak perempuanya itu ialah Norbayah, 30, yang tinggal di Singapura dan Noorizan 27, yang kini tinggal bersama keluarga angkat di Terengganu.

"Saya telah berhubung dengn Norbayah dan Noorizan yang masing-masing sudah berumah tangga.

"Noorizan sudah berjanji akan datang beraya bersama nanti, manakala Norbayah akan datang selepas raya kerana kini dia sedang sarat mengandung," katanya.

-- BERNAMA

Demonstrasi Buruk Boleh Jejas Hubungan Malaysia-Indonesia

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA: Demonstrasi buruk baru-baru ini depan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) nampaknya telah merubah senario diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia.

Pelemparan najis manusia di perkarangan kedutaan itu dan pengotoran bendera Malaysia sebagai membantah penangkapan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia di perairan Riau, pada 13 Ogos itu nampaknya telah menjejas hubungan itu.

Kuala Lumpur berpendirian pegawai penguatkuasa berkenaan telah menceroboh perairan Malaysia dan menculik nelayan-nelayan Malaysia pada tarikh berkenaan.

Manakala Jakarta pula mendakwa bahawa nelayan Malaysia menceroboh dan mencuri ikan di perairannya.

Sementara suasana baru mula memanas di Malaysia, situasi di Indonesia sudah meningkat ke tahap mendesak diputuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia.

Pensyarah Kanan bidang Hubungan Antarabangsa Universiti Indonesia Andi Widjojanto dan peneliti Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Ikrar Nusa Bhakti misalnya sudah mencadangkan agar Indonesia menurunkan tahap hubungan dengan Malaysia, jika tidak memutuskan terus hubungan itu, sebagai langkah terapi kejutan terhadap Malaysia.

Namun Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), yang sering dipersalahkan masyarakat kerana tidak tegas menangani persoalan ini berkata jalan terbaik menyelesaikannya ialah melalui perundingan namun Indonesia tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan wilayahnya.

SBY telah mengirim surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, menyatakan harapan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan rundingan mengenai masalah perbatasan diteruskan.

Aktivis masyarakat yang tidak suka melihat hubungan baik Malaysia-Indonesia cepat menggunakan peluang daripada insiden ini untuk mencetuskan semangat nasionalisme dan menyalahkan SBY, yang didakwa terlalu mengalah dalam perundingan dengan Malaysia.


Ahli-ahli politik termasuk menteri kabinet Indonesia cepat menyalahkan Malaysia kerana insiden Riau itu, yang diburukkan lagi dengan laporan media yang menggambarkan Malaysia sebagai angkuh.

Tekanan yang terus meningkat telah memaksa Menteri Luar Dr Marty Natalegawa untuk mengirim nota diplomatik kepada Malaysia bagi membantah tindakan Polis Marin Malaysia itu, dengan menyatakan bahawa insiden itu berlaku di perairan Indonesia.

Indonesia mendasarkan keputusan itu pada peta tahun 2009 berbanding Malaysia yang menggunakan peta 1979. Malaysia menjawab dengan menegaskan kejadian itu berlaku di luar pantai Johor.Kawasan ini berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Dalam pada itu, media Indonesia terus memainkan isu seperti layanan buruk terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia dan isu ratusan warga Indonesia menghadapi hukuman mati di Malaysia kerana kesalahan dadah dan jenayah berat, untuk menambah rasa benci rakyat Indonesia terhadap Malaysia.

Undian pendapat oleh harian Republika pada 23 Ogos menunjukkan 3,607 responden atau 72.91 peratus daripada responden mengatakan Malaysia negara paling kurang mesra dengan Indonesia, di kalangan tujuh negara lain termasuk Australia, Singapura, Brunei dan Filipina.

Malaysia sendiri berdepan dengan pelbagai masalah di Indonesia termasuk tanah kediaman Duta Besar Malaysia di Kemang, Jakarta Selatan dirampas oleh pihak tententu.

Ia mengambil masa 12 tahun untuk mahkamah mengembalikan tanah itu sedangkan ini adalah tanggungjawab Jakarta untuk melindungi kepentingan perwakilan asing.

Tanah ladang kelapa sawit milik Sime Darby berjumlah 48,000 hektar, yang sebahagian besarnya di Kalimantan kini terancam akan dilelong manakala Petronas yang diminta melabur di Indonesia dengan janji dapat menjual bahan bakar bersubsidi tidak diberikan hak itu kecuali di Sumatera dengan jumlah yang amat kecil.

Pertemuan Anifah dan Dr Marty yang dijadualkan pada 6 Sept di Kota Kinabalu bagi membincangkan soal sempadan bersama merupakan perkembangan positif.
Dr Marty dan Anifah

Oleh kerana pertikaian sempadan ini tidak mungkin dapat diselesaikan dalam jangka masa singkat, insiden seperti ini berkemungkinan berulang.

Kita harap segala mekanisme sudah tersedia dan hubungan bilateral ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya nanti. - BERNAMA

Kempen Tandatangan Membantah Saman Ekor

To:  Kerajaan Malaysia

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis
DiRaja Malaysia (PDRM).

Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus. Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011. Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.

Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari. Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.

Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.

Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat



Orang ramai boleh menurunkan tandatangan masing-masing di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html sehingga 31 Oktober
2010 ini.




http://www.petitiononline.com/saman/petition.html


Jumlah setakat 2.30 pm 31 Ogos 2010

Sunday, August 29, 2010

Jejak Kasihan - Kawan-kawan lama

Gambar tahun 2001, kelas 5KE Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium....
Bila tengok balik gambar ni, teringt masa sekolah dulu, tapi aku boleh lupa nama diaorang ni, terutama budak2 perempuan. Gambar ni bersama Cikgu Hashimah bt Yon (cikgu kimia) & Arwah cikgu ***** (aku boleh lupa nama cikgu ni pulak).......
Aku dah lost contact dengan semua ni, aku ingat nak cari balik semua geng-geng aku kat sekolah dulu

 Dari kiri : Jihazi - Boru - aku - Nizar - PD - Najib

Saturday, August 28, 2010

Dalam Kenangan - Semporna, Sabah

Hari pertama sampai, tunggu makan malam.....LAPARRRR....






Menu pertama yang patot dibalun, ikan kerapu tu
 

First time dapat pegang starfish....


Nampak keras, bila pegang lembut jugak starfish ni.......



Perkampungan bajau atas laut......tenang je


Turun je tangga rumah tu terus laut, x ada darat langsung, amat kreatif


Kubur kat pulau omadal, batu nisan besar, lain dari yang lain......

Yang uniknya setiap liang tu ada banyak nisan, ini bermakna setiap liang tu ditanam lebih dari seorang, selalunya terdiri daripada ahli keluarga....

Resident Evil: Afterlife - mesti tonton






Release Date: 9 September 2010 (3D) & 16 September 2010
Language: English
Subtitle: Malay, Chinese
Genre: Action, Thriller
Running Time: N/A
Director: Paul W.S. Anderson
Cast: Milla Jovovich, Wentworth Miller, Ali Larter, Spencer Locke.

Synopsis: In a world ravaged by a virus infection, turning its victims into the Undead, Alice continues on her journey to find survivors and lead them to safety. Her deadly battle with the Umbrella Corporation reaches new heights, but Alice gets some unexpected help from an old friend. A new lead that promises a safe haven from the Undead guides them to Los Angeles, but when they arrive the city is overrun by thousands of Undead and Alice and her comrades are about to step into a deadly trap.







Memang mantap macam series sebelumnya.........


Thursday, August 26, 2010

Trip Balik Kampung - Durian Burung (Sempadan Malaysia Thailand)

Durian Burung (bukan bas ekspress tu ye) sempadan Malaysia -Thailand, pintu sempadan baru.

Kompleks KDRM, cantik, besar dan megah......tp belum beroperasi lagi.



Waja aku kat belakang Sentra atok sedara (Tok Su). Sempat jugak dia posing depan ICQ


Close up sikit lagi....

Balik dari situ terus pegi makan koew teow Iman kat Taman Pandan
2 orang makan 3 pinggan

Hazim Irfan - Anak buah no. 3

Anak buah yang ke 3, Hazim, dah nak masuk 2 tahun.

 Balik kampung je mesti best sebab boleh berlari sana sini, maklum la rumah kat kampung tu luas tak macam rumah dia kat Bagan.

 Ni time dia suka, gelak je memanjang.

Gadis Rusia Dengan Pengelihatan X-Ray!!!Gadis Rusia Dengan Pengelihatan X-Ray!!!

MOSKOW - Penampilannya biasa saja. Namun, Natasha Demkina menyimpan kemampuan yang membuat banyak orang takjub. Remaja Rusia kelahiran 1987 itu dijuluki gadis dengan mata sinar-X‘ (X-ray girl).

Mata Natasha memang istimewa. Tanpa bantuan alat apapun alias dengan mata telanjang, dia mampu melihat organ dalam tubuh manusia. Jadi, sorot matanya seperti alat rontgen yang mampu melihat jerohan tubuh manusia.

“Saya punya dua jenis penglihatan yang dapat diubah tanpa sebab. Kalau ingin melihat kondisi kesehatan seseorang, saya tinggal memikirkannya,” kata gadis kelahiran kota Saransk, Rusia itu.

“Saya bisa melihat keseluruhan struktur tubuh manusia. Letak organ-organ tubuhnya serta kondisinya,” jelas Natasha. “Saya tak dapat menjelaskan mengapa saya punya kemampuan seperti ini, dan dapat mengenali penyakit.

Ini bawaan lahir. Yang jelas, organ tubuh yang tidak berfungsi baik menimbulkan radiasi tertentu.”

Sayangnya mata bak alat rontgen itu hanya mampu berfungsi pada siang hari. Pada malam hari, kemampuan rontgen-nya hilang, dan dia melihat seperti orang-orang lain.

Menurut sejumlah media, diagnosa terhadap suatu penyakit mata Natasha seringkali bahkan lebih tepat dibandingkan yang dibuat dokter. Meskipun dokter-dokter itu menggunakan peralatan medis terbaru.

Keistimewaan bawaan itu ketahuan saat Natasha berusia 10 tahun. Mulanya dia mengatakan pada orangtuanya bahwa dia tiba-tiba boleh melihat organ dalam tubuh teman-teman dan kerabatnya.

Karena masih kecil, kala itu Natasha tidak mengenal istilah medis atau nama-nama organ dalam tubuh sehingga ginjal disebutnya kacang dan usus besar disebutnya selang.

Tatyana, ibunya, ketakutan lalu memeriksakannya ke dokter. Tapi, bocah itu justru ‘memeriksa’ organ dalam si dokter. Dia menggambarkan struktur tubuh si dokter. “Waktu itu dokter tidak tidak berkata apa-apa,” kenang sang ibu.

Dalam usia kanak-kanak itu, Natasha juga mampu mengesan bakteri atau virus yang berada dalam berbagai organisme. Namun matanya tidak boleh dipaksa bekerja dalam waktu lama karena setelah itu dia boleh sakit kepala berkepanjangan.

Ibunya berusaha menyembunyikan keistimewaan Natasha. Namun kabar daya luarbiasa Natasha menyebar dari mulut ke mulut. Makin banyak yang mengetahui kemampuan dia setelah sebuah stesen television meliput Natasha. Sejak itu rumahnya menjadi rujukan orang-orang sakit.

Pada Januari 2004, sebuah media Inggris mengundangnya ke London. Di ibukota Inggris itu Natasha yang didampingi ibunya unjuk kemampuan.

Briony Warden, reporter tabloid The Sun, sempat menjadi pasien Natasha. Warden baru saja mengalami kecelakaan mobil. Natasha dengan tepat menggambarkan luka dalam dan bagian tubuh Warden yang retak.

Briony Warden menggambarkan bagaimana keadaan Natasha saat melihat isi tubuhnya. “Biji matanya membesar. Dia seperti sedang kesurupan,” kenang Warden.

Gambaran Natasha tentang Warden boleh dibilang 90 persen tepat. Misalnya dia menyebut ada benda asing pada rahangnya. Wartawan itu kemudian menyatakan bahwa pada rahangnya dipasang titanium untuk menyokong tulang-tulangnya yang retak akibat kecelakaan.

“Yang paling mengagumkan adalah saat dia menemukan kerusakan pada kaki kiri saya,” ujar Warden. “Sebenarnya tulang kering saya patah. Ternyata dia menemukan dua retakan terpisah dan bilang saya punya kesulitan menekuk lutut.”

Menurut Warden yang saat diterawang mengenakan baju tebal, Demkina bisa melihat bekas plat-plat serta sekrup untuk menyambung tulangnya yang patah. “Padahal baru beberapa jam sebelumnya pengangkatan itu dilakukan.”

Sampai usianya mencapai 21 tahun saat ini, Natasha tetap membantu banyak orang untuk mengesan penyakit di organ dalam mereka. Ia bercita-cita jadi dokter.Kini dia mahasiswa di Moskow, Rusia. Kemampuannya mendapat pengakuan dari Yoshio Machi, profesor medis di Universitas Tokyo, Jepun.

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel.

Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897.

Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar.

Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel.

Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion.

Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah.

Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Apa korang rasa kalau jadi macam ni??


Apabila di tanduk lembu sebegini rupa??

Cantik n kejam

 Dipakaikan heel sebegini rupa??

Welcome - Selamat Datang -

Blog ini berformatkan CnP (copy and paste) je.........
Tidak kira posting tu tahap buku kat DBP or tahap sampah ke, terima je la sebab ni blog aku punya, so ikot selera aku.