Photobucket

Saturday, July 23, 2011

Selamat Hari Tua

Tanggal 22 Julai 1984 jam 12.23 PM aku dilahirkan di rumahku. Nama yang dicadangkan Mohd Haswandy bin Abu Bakar. Berkat nasihat dari bapa saudara aku, nama aku didaftarkan sebagai Muhd Khairy bin Abu Bakar. Aku di daftarkan  di Balai Polis Alor Janggus. Anak ke-3 dari empat adik beradik. Hasil perkongsian hidup antara Abu Bakar Bin Nofiah bersama Zariah Bt Ismail.

Sijil Kelahiran a.k.a Surat Beranak Aku

Tanggal 22 Julai 2011, umur aku genap 27 tahun. Sekejap saja rasanya, sudah 27 tahun aku hidup. Memori yang boleh aku ingat yang paling lama ialah peristiwa banjir besar tahun 1988. Kadang-kadang aku pun confuse, macam mana aku ketika itu berumur 4 tahun boleh ingat peristiwa tersebut. Seperti diceritakan oleh Papa,  halaman rumah aku (rumah lama) tidak pernah dinaiki air sewaktu banjir berlaku kecuali tahun 1988. Aku masih ingat lagi ketika aku bermain air banjir, berseluar pendek, di tepi sawah padi.

Teringat lagi sewaktu masuk sekolah darjah 1 pada tahun 1991. Papa tak sempat nak daftarkan aku sebelum sesi persekolahan bermula. Pada hari pertama persekolahan, aku bersiap dengan baju sekolah, terus pergi ke sekolah. Kat sekolah, Papa dengan selamba bagi tau pada cikgu, "Anak saya belum daftar lagi". Akibatnya aku dimasukkan ke kelas 1 Kuning. Guru kelasnya Cikgu Aishah. Bagi aku, inilah cikgu yang paling garang dalam sejarah pempelajaran yang aku lalui sehingga kini. Sampai aku jadi fobia nak pergi sekolah. Tak pergi sekolah kena rotan dengan papa, pergi sekolah kena rotan dengan cikgu, tapi pergi sekolah dapat duit belanja walaupun kena rotan.

Sekolah aku dulu ni, SKSM
Perjalanan ke sekolah bermula dari rumah dengan mengayuh basikal ke Kubang Sepat. Jaraknya aku tak pernah ukur, yang aku tau jauh je la waktu itu. Jalan yang tak berturap, becak jika hujan. Aku redah je, tak heran pun lah. Sampai kat Kubang Sepat, aku park basikal kat masjid, tunggu bas tiba. Bas Pak Musa, tambang 20 sen saja.


Rajah perjalanan ke sekolah
Pejam celik, pejam celik sekejap saja dah 27 tahun. Rasa macam baru semalam kayuh basikal pergi sekolah. Mungkin penyebabnya aku tak pernah sambut birthday sepanjang hidup aku. Terima kasih kepada member-member yang wish birthday aku tahun ni. Selamat hari tua untuk aku sendiri.

Sunday, July 17, 2011

Derma Darah Persatuan Budha


17 Julai 2011, setelah selesai urusan mendobi segala baju-baju kotor. Bermula operasi mencari makan tengah hari. Macam biasa, hari ahad je, makan kat kedai kuning Taman Tenaga. OTW ternmpak kerusi, meja, payung & beberapa orang bergendalangan. Tertulis "Derma Darah", yang lain aku tak faham, tulisan cina, ni la ruginya sebab orang tua aku tak hantar aku ke sekolah cina. Tapi orang tua aku hantar aku mengaji al-Quran dan Kitab kat tok guru pondok. Berbalik pada cerita tadi, aku kata "ok jugak ni, lama tak join". Teruskan perjalanan cari makanan dulu.

Bila dah kenyang melantak, baru aku teringat, buku derma darah ada kat opis, cilakak betul!!!. Panas terik ni. Apa nak buat, start motor cabuk, terus ke opis. Macam biasa, park kat depan main entrance. Pak Guard usha aku je, macam x puas hati. Lantak korang la, aku dah lambat ni. Dari opis terus gerak ke dewan, tempat berlangsungnya derma darah tu.

Dah lusuh buku darah aku ni, sejak tahun 2002
Sampai kat dewan tu je, aku tengok sekeliling, selain doktor dan nurse, yang ada cina, cina dan cina. Aku pun pelik jadinya. Ini kempen derma darah ke perjumpaan masuarakat cina. Masuk dalam dewan, rupa-rupanya penganjur program ni adalah Persatuan Budha.  Nasib la aku ni bukan melayu tulen, campur siam, campur arab. Aku rasa kalau melayu tulen dah cabut lari dah. Orang melayu ni pantang sikit dengan program-program anjuran agama lain. Tak kira la program tu bertujuan agama ke, masyarakat ke, negara ke, tolak terang-terang. Takut sangat kena convert agama lain, padahal agama tu pegangan dalaman masing-masing. Tak ada sapa-sapa boleh ganggu selagi kita percaya Allah s.w.t tu yang satu.

Masa daftar, sorang perempuan cina, kurang fasih berbahasa melayu, tanya aku. "Are you malay?" . "Yup" aku jawap ringkas, malas aku nak explain lebih-lebih pasal bangsa dan keturunan aku, jap lagi pening pulak perempuan ni. Aku rasa perempuan ni mesti pelik sebab melayu ada kat tengah-tengah kaum kerabat dia. Ni la jadinya, rakyat Malaysia dipisahkan oleh kaum. Ada syak perangsangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Walaupun bertujuan kebajikan. Pada aku, tak kisah semua tu, sebab kita diasuh sebegitu rupa terhadap berlainan kaum, yang penting dia tahu niat aku, dan aku tahu kenapa aku disitu.

Time macam ni la kamera hp nak hilang focus

 
Selain dari nurse dan doktor, semua cina, tak ada melayu langsung. Tak support langsung aktiviti kemasayrakatan.
Kali ni doktor nak ambil 450 ml, selalu 300 ml saja. Mungkin kurang darah jenis O+ dalam simpanan kot. Tak apa la, ambil la, ini je yang aku ada dan mampu beri sebagai sumbangan. Dah siap ambil darah, amoi dan auntie datang kat aku. Sambil berbual dalam bahasa cina. Aku senyum saja. Aku tak faham la auntie. Ni mesti kes dia salah faham aku ni berketurunan cina jugak. Adeh!!! Apa nak buat. Ni berpunca dari sistem pendidikan kita yang menekankan pendidikan berteraskan bangsa dan rakyat dipisahkan mengikut kaum. Ada aliran kebangsaan dan vernacular. Auntie tu pun kata, "Sorry la, I tak tau you ni malay". Jawap aku dalam hati, "tak apa auntie, bukan salah kamu".
 


Amoi yang tolong lekatkan plaster ni

 Selesai saja, diaorang kasi macam-macam gift. Walaupun makanan ringan saja. Bukan aku yang pinta. Bagi aku itu satu penghargaan. Aku terus beredar dari dewan tu, balik bilik. Dengan tangan aku masih berdenyut-denyut sakit sebab kena cucuk tadi. Sakit sikit je pun. Bak kata mak aku, jauh dari perut, tak ada papa pun.



Dapat free gift lagi


Wednesday, July 13, 2011

Penang - Putrajaya


Permulaan perjalanan dimulakan dengan bismillah...
Bertemankan kumbang, nanti aku belikan bunga sekuntum untuk kau




Kat Penang, jalan-jalan shoot je apa yang suka.




Padang Kota, Penang







Jambatan Ampangan Putrajaya


Bot berhias untuk Floria Putrajaya 2011


Lepak bawah jambatan ampangan Putrajaya


Floria Putrayaja 2011










 View dari luar jambatan, gate kunci.




Afiq belajar berlari..



Angun dari Anis...

Tuesday, July 12, 2011

Hidup Tanpa Roh

Aku bersekolah di sekolah menengah teknik, dimana sekolah yang menekankan pembelajaran dalam bidang teknikal pada peringkat am. Aku diajar bawaha untuk membangunkan negara, perlukan kebijaksaan. Apa yang ditekankan bahawa, sastera tidak dapat membina negara. Pernah satu ketika, guruku yang mengajar subjek teknikal bergurau mendeklamasikan sajak:
bangunlah bangunan - bangunan ku,
wujudkankah jambatam - jambatan ku,
nyalakan lah lampu - lampu mu.
Aku tumpang gelak. Yang aku tahu ianya sekadar gurauan dan sendaan. Pada aku, mana mungkin bangunan boleh berdiri sendiri dengan hanya menggunakan ayat-ayat sastera. Mana mungkin jambatan dapat dibina menggunakan kata-kata. Mana mungkin lampu dinyalakan dengan ayat-ayat tanpa sumber elektrik. Mungkin pada masa itu aku masih dibangku sekolah dan belum mengenali dunia luar. Dunia luar bagi aku pada waktu tu hanyalah, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan menjawat jawatan yang aku minat. Yang aku tahu, nukilan sastera tidak boleh mengerakkan dunia.

Semenjak aku mula mengenali dunia tanpa sempadan, dunia di hubungkan dengan wayar dan gelombang. Aku mula mencari erti dunia luar. Erti sebuah kehidupan yang sebenar. Politik. Isu semasa. Luar negara. Peperangan. Perkauman. Agama. Setiap isu yang diketengahkan, mesti ada perbahasan, perbincangan dan komentar. Semenjak itu, aku mula berfikir, bagaimana cendekiawan Islam dahulu berjaya dalam bidang masing-masing. Contoh Al-Farabi: -saintis, Ibnu Sina; - matematik. Disebalik perbezaan kepakaran  mereka, ada persamaan iaitu kemahiran falsafah.

Kini, setelah karya 'Shit' menggegarkan Malaysia di era reformasi oleh Shahnon Ahmad. A. Samad Said, yang aku kenal sebagai sasterawan negara, tapi tidak pernah aku endahkannya sebelum ini, telah muncul dengan Peludah Warna. Karya yang membakar semangat baru. Baru aku tahu rupa-rupanya ayat-ayat sastera dapat mengerakkan negara. Mengerakkan gelombang manusia.



Bagi aku, walau apa pun karya yang boleh mengerakkan dunia, terdapat karya agung tiada tandingan. Al-Quran, karya Allah s.w.t yang maha berkuasa. Masih relevan sejak dari dahulu dan tidak ada tandingan sehingga hari kiamat. Menjadi panduan dan pegangan umat Islam. Apa yang diceritakan adalah benar. Tanpanya umpama hidup tanpa roh....

Friday, July 8, 2011

Panduan Undang-Undang - Hak Untuk Berhimpun

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

3. POLIS MENANGKAP ANDA

3.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

3.2 Ambil butiran polis yang menagkap anda
Semasa ditangkap, ambil butir-butir nama polis yang menagkap anda seperti nama, nombor pengenalan polis. Jika polis itu berpakaian biasa, dapatkan nama polis tersebut.

3.3 Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.Walaubagaimanapun, kekerasan yang digunakan mestilah seminimum mungkin, cukup setakat untuk menangkap.Polis tiada hak untuk memukul dan bertindak ganas terhadap anda.

3.4 Polis tidak boleh merampas barang peribadi semasa tangkapan
Polis tidak boleh merampas barang peribadi anda seperti dompet dan telefon bimbit semasa tangkapan. Barang-barang ini hanya boleh diambil apabila anda dihantar ke lokap untuk tahanan di mana barangbarang
ini perlu direkodkan terlebih dahulu dalam Borang Senarai Rampasan.

3.5 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

3.6 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka :
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.

3.7 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam :
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

4. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

4.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain (Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 28A Kanun Acara Jenayah).

4.2 Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

4.3 Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

4.4 Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

4.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

5. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS

5.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

5.2 Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

5.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

5.4 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah (seksyen 112(2) Kanun Acara Jenayah).
Contohnya anda boleh berkata 

“Saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112(2)”
Atau
“Saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah”.

Elakkan bersembang-sembang kosong dengan polis, fokus dengan jawapan yang diberikan kepada soalan-soalan yang ditanya.

5.5 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

Polis hanya boleh mengambil keterangan anda di bawah seksyen 112 di mana anda berhak untuk berdiam diri dan hanya memberikan butir-butir diri seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan sahaja.

Polis tidak berhak mengambil keterangan atau sebarang maklumat yang tidak berkaitan daripada anda selain dari keterangan di bawah seksyen 112.

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 

6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

Polis tidak boleh menahan anda lebih dari 24 jam tanpa dibawa ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman (Artikel 5(4) Perlembagaan Persekutuan, seksyen 117 Kanun Acara Jenayah).

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.

Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara :

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret :
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon agar perintah reman tidak diberikan atau mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7.0 PENDAKWAAN

7.1 Polis boleh mendakwa anda di bawah :- 
  • Akta Polis 1967-Perhimpunan Tanpa Permit
  • Seksyen 122 Kanun Keseksaan-Pengisytiharan Perang terhadap Yang Dipertuan Agong
  • Kanun Keseksaan-Menyertai Perhimpunan Haram dan Rusuhan
  • Akta Hasutan 1948
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
  • Akta Percetakan dan Penerbitan 1986
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
7.2 Jangan mengaku salah atas pendakwaan
Anda dinasihatkan untuk tidak mengaku salah di Mahkamah apabila pendakwaan dibacakan, dan pohon untuk dibicarakan.

8.0 Jamin

8.1 Setelah dibacakan pertuduhan di Mahkamah dan anda mengaku tidak bersalah, anda berhak dilepaskan dengan ikat jamin yang akan ditetapkan oleh Mahkamah (seksyen 29 Kanun Acara Jenayah)

8.2 Sebelum Mahkamah menetapkan ikat jamin, nyatakan beberapa faktor untuk mengurangkan ikat jamin seperti :-
  • anda adalah penyara keluarga
  • bilangan ahli keluarga di bawah jagaan anda
  • umur anak-anak anda
  • anak-anak yang masih kecil/bersekolah
  • pendapatan anda

Thursday, July 7, 2011

Peludah Warna - Berjuang Melalui Sastera


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


A Samad Said

Miss Profesional...

Yang ni Miss March (18sx), best filem ni, Hugh Hefner berlakun watak pembantu..


 Yang ni pulak Miss Saigon. Aku tak pernah tonton pun, tengok cover macam hampeh je pun. Lantak la



Yang ni pula cerita Miss Congeniality ,cerita komidi, best juga



 Tapi ada lagi cerita yang paling best dari 3 cerita kat atas ni, bukan cerita Mizz Nina wife Noh Hujan, tapi cerita Miss Profesional!!!! Profesional habis beb....

Gambar ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup, yang separuh hidup,
yang bakal nak mati mahu pun yang dah mati

Sebelum aku melalut tak tentu pasal tentang Miss Profesional ni, biar aku terang dulu apa maksud profesional tersebut. Aku translate maksud ni dari Kamus Dewan Bahasa Online:-

1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~;

2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~;

3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~;

4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.

Bila dah faham maksud profesional, baru aku boleh ulas, kritik, hentam ataupun maki (rasa tak kot). Bergurau dengan rakan diwaktu kerja adalah tidak profesional. Tetapi apakan terjadi, apabila gurauan tersebut dipandang berat oleh pihak lain dan terasa hati. Lalu si dia menyerang balas tanpa usul periksa.Adakah itu dinamakan PROFESIONAL????

Terdapat 2 kemungkinan yang dapat aku buat pada waktu kejadian:-

1. Mungkin telinga Miss Profesional pekak belon (bahasa yang sering digunakan budak-budak rumah sewa dulu). Spesis pekak belon ni susah sikit, harapkan telinga saja besar, tapi kosong didalam, macam belon. Jadi Miss Profesional ni tak dapat dengan dengan jelas apa yang dikatakan olehku diwaktu kejadian sebab tergolong dalam spesis pekak belon.

2. Mungkin Miss Profesional ni tak boleh dengar suara aku. Tidak dinafikan, sejak dari azali lagi, suaraku ini tidak lunak seperti Saleem mahupun Jamal Abdilah. Akibatnya, aku disenaraikan sebagai insan yang tidak layak untuk menyanyi.

*     *      *     *     *

Sejarah penciptaan Facebook adalah untuk menghubungkan para pelajar disebuah universiti. Laman ini dibangunkan oleh seorang remaja seusia dengan aku. Tetapi laman tersebut telah disalahgunakan. Bukan bertujuan menghubungkan rakan-rakan, tetapi menjadi tempat meluahkan cacian dan makianya kepada seseorang yang bergelar Aku (bukan nama sebenar). Yang baca pun post tu pun member-member dia jugak, bukan aku...lalalallalala. Ada yang mengadu, ada yang menyampaikan pada aku. "Psyco beb!!!" , "Meroyan lagi ke?" , "Pening aku tengok minah ni"

Maki dan cacian ni aku rasa makanan hariannya. Habis semua orang sekeliling dimakinya, dicacinya. Ada sahaja yang tak kena. Dia saja yang betul segala-galanya (lu mau betul semuanya, lu bikin dunia sendiri la). Apabila rasa berdosa (agaknya la) baru disucikan degan hadis ataupun tafsir-tafsir ayat al-quran. Ajaran mana yang dia ikut tak tahu la (keras sangat ke ayat aku ni? lantak la)..

Beza antara manusia dan binatang adalah akal. Tanpa akal seolah-olah binatang lah kita. Tapi tanpa kemuliaan akhlak, kita lebih teruk dari binatang. Dan janganlah samakan manusia dengan yang ni....

dan yang ni juga...


Walaupun comel, tapi HARAM!!! dol....


renungan bersama:- Haram tersentuh anjing & babi boleh disamak. Tetapi kalau HARAM JADAH apa boleh buat??

Wednesday, July 6, 2011

BERHADIS, MAKI dan KUBUR

Pelik betul manusia ni, sekejap bertejemahan hadis, sekejap maki orang di dinding muka buku. Sekejap berdoa sekejap mencaci. Suka hati mencampur adukkan semua tu. Nasib aku tak add sebagai kawan, kalau tak mesti menyemakan kepala aku saja. Rasa macam tak belajar agama atau kurang didikan agama. Ataupun belajar agama setakat dibangku sekolah saja. Adakah hadis tersebut diterbitkan dengan cara copy & paste, dan juga langsung tak dibaca. Jika dibaca dan difahami hadis-hadis, aku rasa tak akan jadi sebegini rupa.

Setiap orang ada gelarannya tersendiri. Seperti nabi Muhammad  juga ada gelaran iaitu al-amin. Adakah salah aku mengelarkan adik kepada orang yang lebih muda dariku. Di'pundek'kan aku pula. Adeh!!! Cis, kalau aku tau macam ni, mau aku panggil bab* je. Biar buku bertemu ruas. Tapi aku elakkan, dengan semyum dan sabar.

Apa-apa pun ada aku kesahkan, bak kata orang yang kurang berilmu "kubur masing-masing beb". Jawapan aku kepada yang kurang berilmu macam tu, "memang kubur masing-masing beb, tapi kalau berjiran dengan aku nanti, macam mana aku nak tenteram sebab dikau asyik kena palu dengan Nangkir".

p/s:- syoh-syoh!!! pegi main jauh-jauh