Photobucket

Saturday, March 24, 2012

Business Amal


Dalam masa 2 hari aku ni, aku dah jual 3 buah portable hard disk Seagate GoFlex 500GB, harga 1 RM219. Aku ambil kat kedai RM219, jual pun RM219. Untung RM0.00. Bak kata orang tua-tua habuk pun takda. Tapi aku dapat untung dengan komisyen a.k.a upah runner. Upah runner ni ikut sesedap hati diaorang nak bagi. Macam tok bomah ubat orang, seikhlas hati. Ada yang bagi RM2, pun aku terima. Ada yang bagi RM10 pun aku terima. Ada yang bagi RM20 pun aku terima. Ada yang belanja makan pun aku terima. Aku tak kisah semua tu, yang penting aku boleh cuci mata tengok gadget-gadget baru kat Low Yat. Aku dapat update, dapat info pasal barang-barang baru kat pasaran. Bila lagi dalam hidup aku ni nak buat baik kat orang. Kepandaian, kebolehan dan kearifan yang allah s.w.t kurniakan tanpa sebarang bayaran pun.

Thursday, March 8, 2012

7 Mac, Yang Berlalu....

 Semalam 7 Mac 2012, ada cerita disebalik 7 Mac beberapa tahun sebelum ni, cerita tentang diri aku. Cerita yang tak layak difilemkan atau dinovelkan, hanya boleh dibakul-sampahkan saja. Cerita yang membuatkan aku kenal erti hidup. Mengajar aku tentang hati dan perasaan. Melatih aku tentang kesusahan dan penderitaan.

Selamat tinggal 7 Mac yang lalu.

7 Mac kali ini lebih bermakna buat diriku. Walaupun berjauhan, tapi alhamdulillah, tanpa dugaan dari segi hati dan perasaan. Hati lebih tenang, fikiran pun tidak seserabut dahulu. Ibarat dari pemerintahan diktator berkuku besi ke demokrasi berparlimen. Bagaikan revolusi Mesir yang menggulingkan Mubarak.

Aku harapkan 7 Mac akan datang lebih bermakna, aku doakan juga supaya tidak berlaku sebaliknya...


Sebelum out, jom layan kuliah...

Wednesday, March 7, 2012

Kuat Merajuk - Sifat MAZMUMMAH

Baru hari ini aku tau 'kuat merajuk' tu tergolong dalam sifat-sifat mazmummah. Yang aku sedia tau sifat mazmmuah tu terdiri dari
  1. Pemarah
  2. Pendendam
  3. Hasad dengki
  4. Bakhil
  5. Tamak
  6. Tidak sabar
  7. Ego
  8. Riak
  9. Cinta dunia
Tengok dalam list tu tak ada pun "kuat merajuk". Tapi  "kuat merajuk" tergolong dalam nombor 7, Ego . Ego ni pula ibu segala sifat-sifat mazmummah sebab besifat pentingkan diri. Tak payah rujuk kitab-kitab agama untuk nak huraikan maksud ego dalam sifat mazmummah, tengok kamus dewan bahasa pun dah boleh faham.

/égo/ 1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.

Aku dapat buat kesimpulan


kuat merajuk = ego = sifat mazmummah => sifat tercela => hidup tanpa keberkatan = hidup tak bahagia


So, tak guna hidup suka merajuk, yg puas hati sendiri saja, hidup tak tahu kemana.....



EGO yang boleh dimiliki....



Hanya perlukan fulusssss......