Photobucket

Monday, June 6, 2011

Hidup Mati Ilmu.

Orang kata hidup ini umpama roda, tapi bagi aku hidup ini satu perjalanan. Tidak ada kitaran semula dalam hidup ini. Yang ada hanyalah suatu perjalanan yang berterusan. Tiada yang akan berulang, tiada yang boleh diulangi, tiada yang berpatah balik. Dimana penghujung perjalanan adalah mati.

Tertarik kepada cerahah Ustaz Azhar Idrus, yang berkisarkan pasal mati. Bagaimana menyempurnakan jenazah, perkara-perkara wajib, perkara-perkara sunat dan perkara bida'ah. Ternyata sekali, umat melayu terlalu taksub dalam perkara-perkara bida'ah ni. Sebagai contoh, mengikat kain pada nisan si mati. Tiada dalam hukum syarak pun perkara tersebut. Atas alasan diperlakukan sedemikian adalah untuk menanda kubur tersebut adalah baru, bagi memudahkan sanak saudara mencari kubur si mati.

Rasullullah pernah mengatakan 'menuntutlah ilmu sehingga ke negeri China'. Bertapa dalamnya maksud baginda, sehingga ke negeri China. Pada zaman tersebut, jarak antara Arab Suadi ke China bukanlah sesuatu yang dekat. Terdapat 2 jalan yang menghubungkannya. Jalan laut dan jalan darat ( laluan sutera). Seperti mahu menerangkan bahawa pentingnya ilmu kepada manusia dan bertapa luasnya ilmu itu. Tidak hanya sekadar dibangku sekolah.

No comments:

Post a Comment